Jaavin Electronic Solution adalah ilham S.Jegeswaran (Jay) dan V.Aravinthan (Aravin) yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menyediakan reka bentuk elektronik dan perkhidmatan perundingan berkaitan rekacipta elektronik. Secara total, kita mempunyai dua puluh tahun pengalaman dalam bidang industri elektronik. Bergabung tenaga, kita percaya akan dapat berkongsi pengalaman dan menyediakan kepakaran kami kepada permintaan industri elektronik.
Aravin memulakan kerjayanya sebagai jurutera elektronik di sebuah syarikat multinasional terkenal. Tanggungjawabnya adalah untuk merekacipta perkakasan elektronik untuk industri OEM automotif di Eropah, Australia dan Jepun. Beliau kemudian berpindah ke industri teknologi tanpa wayar (wireless) dan mengendalikan pelbagai projek-projek reka cipta. Dari pengalaman ini, dia telah didedahkan dalam semua bidang dalam pembangunan produk elektronik dari reka bentuk, ujian, sumber komponen, pembuatan dan pemasangan perkakasan elektronik.
Jay memulakan kerjayanya di United Kingdom sebagai juruteknik pemasangan dalam syarikat reka bentuk balast elektronik. Beliau kemudian pulang ke Malaysia untuk memegang tangungjawab sebagai ketua makmal di sebuah syarikat reka cipta litar bersepadu teknologi tanpa wayar (wireless) di Kuala Lumpur, kemudian sebagai juruteknik senior dalam rekacipta papan litar tercetak (PCB) dan jurutera pengeluaran. Jay mahir dalam bidang 'PCB layout & routing'. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pemasangan prototaip, menguruskan reka bentuk mekanikal dan pengeluaran.